Cara Mengubah Saiz Teks
Pintasan (Shortcut)
Jika anda melayari laman web HKETO Kuala Lumpur pada komputer meja, penyemak imbas web moden biasanya membolehkan anda menekan dan menahan kekunci Ctrl (kekunci Command pada Macintosh) dan menekan + atau - untuk menambah atau mengurangkan saiz teks. Tekan 0 untuk kembali ke saiz lalai.
Pada telefon pintar atau tablet, anda boleh mencubit keluar (pinch open) pada skrin untuk membesarkan paparan dan mencubit masuk (pinch close) untuk mengecilkan paparan.
Menu
Anda juga boleh mengubah saiz teks melalui menu penyemak imbas anda:
· Chrome: Pada menu Page, pilih Zoom, kemudian Larger.
· Firefox: Pada menu View, pilih Zoom, kemudian Zoom In. Anda juga boleh memilih ikon Menu dan menggunakan + atau - untuk membesarkan atau mengecilkan saiz teks.
· Internet Explorer / Edge: Pada menu View, pilih Text Size, kemudian Largest. Anda juga boleh memilih ikon Settings, pilih Zoom, kemudian pilih peratusan atau Zoom In.
· Opera: Pada menu View, pilih Zoom, kemudian pilih peratusan.
· Safari: Pada menu View, pilih Make Text Bigger.
Penafian Sokongan
HKETO Kuala Lumpur tidak menyokong mana-mana penyemak imbas web tertentu atau mengesyorkan satu penyemak imbas berbanding yang lain. Penyenaraian beberapa penyemak imbas popular di sini tidak membayangkan sebarang bentuk sokongan atau pengesyoran.
