Bagaimana Kami Boleh Membantu
Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur (HKETO Kuala Lumpur) merupakan perwakilan rasmi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSARG). Pejabat ini memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, ekonomi dan kebudayaan meliputi Malaysia, Brunei Darussalam, Laos dan Pakistan.
Kami bekerjasama rapat dengan rangkaian agensi yang kukuh, termasuk InvestHK, Lembaga Pelancongan Hong Kong, dan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC). Dengan memanfaatkan sumber dan kepakaran daripada rangkaian ini, serta kedudukan kami sebagai salah satu daripada 15 pejabat ekonomi dan perdagangan HKSARG di luar negara, kami menyediakan panduan profesional kepada syarikat di negara-negara di bawah liputan HKETO Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini termasuk membantu syarikat mengenal pasti dan meneroka peluang pasaran serta mendapatkan pembiayaan luar pesisir di Tanah Besar China dan Hong Kong. Kami juga berperanan menghubungkan modal asing dengan peluang di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao. Pada masa yang sama, Inisiatif GoGlobal dimanfaatkan bagi menggalakkan pelaburan dua hala antara Tanah Besar China dengan rantau ASEAN.
