Penafian & Hak Cipta
Penafian
Maklumat yang disediakan oleh Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China ("Kerajaan") di laman web ini ("maklumat Kerajaan") adalah untuk rujukan sahaja. Walaupun Kerajaan berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat Kerajaan di tapak ini, tiada jaminan nyata atau tersirat diberikan oleh Kerajaan mengenai ketepatan maklumat tersebut.
Laman web ini juga mengandungi maklumat yang dimasukkan oleh pihak lain, dan pengguna boleh memautkan tapak ini ke tapak lain serta mendapatkan maklumat yang disediakan oleh pihak lain (secara kolektif disebut sebagai "maklumat lain"). Kerajaan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak meluluskan atau menyokong maklumat lain yang terkandung dalam atau berkaitan dengan tapak-tapak ini.
Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada apa jua sebab yang berkaitan dengan laman web ini. Kerajaan berhak untuk memadam, menggantung atau mengedit semua maklumat di tapak ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan sebarang sebab. Pengguna bertanggungjawab untuk membuat penilaian sendiri terhadap semua maklumat yang terkandung di dalam atau berkaitan dengan tapak ini, dan dinasihatkan supaya mengesahkan maklumat tersebut dengan merujuk kepada penerbitan asal serta mendapatkan nasihat bebas sebelum bertindak ke atasnya.
Notis Hak Cipta
Maklumat yang terdapat di dalam laman web ini boleh disebarkan semula atau diterbitkan semula, dengan syarat Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur diakui sebagai sumber maklumat, dan penyebaran semula atau penerbitan semula itu adalah untuk kegunaan bukan komersial.
Sebarang bentuk pengeluaran semula, penyesuaian, pengedaran, penyebaran atau penyediaan maklumat yang terdapat di dalam laman web ini untuk kegunaan komersial adalah dilarang sama sekali melainkan kebenaran bertulis terlebih dahulu diperoleh daripada Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur.
Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur dan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada maklumat, atau pengeluaran semula atau penyebaran semula maklumat tersebut, yang terdapat di dalam laman web ini.
