Kelebihan Hong Kong
Hong Kong menawarkan persekitaran perniagaan yang amat menarik dan mesra perniagaan. Kedudukannya yang strategik menjadikan Hong Kong antara pintu masuk utama bagi syarikat dari seluruh dunia yang berhasrat mengembangkan perniagaan mereka di rantau Asia. Berteraskan kerangka "satu negara, dua sistem" Hong Kong beroperasi sebagai wilayah kastam yang berasingan serta mempunyai sistem perundangannya sendiri yang kukuh. Perniagaan turut mendapat manfaat daripada sistem percukaian yang rendah dan mudah. serta persekitaran yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang. Selain itu, Hong Kong menawarkan persekitaran perniagaan yang kompetitif tanpa kawalan pertukaran asing, di samping membolehkan aliran bebas modal, barangan dan maklumat.
Terletak secara strategik di tengah-tengah Asia, Hong Kong memainkan peranan penting sebagai “penghubung super” yang menghubungkan perniagaan antarabangsa secara langsung dengan Tanah Besar China. Syarikat yang beroperasi di Hong Kong berpeluang memanfaatkan pelbagai pembangunan ekonomi serantau berskala besar, termasuk Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao serta Inisiatif Jalur dan Jalan. Dengan sokongan rangkaian pengangkutan bertaraf dunia, kebanyakan pasaran komersial utama di Asia boleh dikunjungi dalam tempoh penerbangan yang singkat. Kelebihan ini menjadikan Hong Kong sebuah hab operasi yang strategik bagi pelabur antarabangsa.
