Dasar Privasi
Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong ("Kerajaan") akan merakamkan lawatan ke hketokl.gov.hk tanpa mengumpul sebarang maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti pengguna. Maklumat umum sedemikian hanya dikumpul untuk penyusunan laporan statistik dan diagnosis masalah berkaitan sistem komputer bagi membantu menambah baik hketokl.gov.hk.
Perkhidmatan carian di hketokl.gov.hk disediakan oleh kontraktor bebas Kerajaan. Kami dimaklumkan oleh kontraktor bebas tersebut bahawa ia tidak mengumpul maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti pengguna semasa menyampaikan keputusan carian melalui hketokl.gov.hk. Kontraktor bebas akan berkongsi data awanama yang dikumpulnya melalui perkhidmatan carian dengan Kerajaan bagi tujuan menyusun analisis trafik pada laman web kerajaan. Kerajaan tidak akan memadankan data yang diperoleh daripada sebarang aktiviti carian sedemikian dengan sebarang data peribadi yang mungkin dipegang oleh Kerajaan. Laman web ini juga mengandungi maklumat yang dimasukkan oleh pihak lain, dan pengguna boleh memautkan tapak ini ke tapak lain serta mendapatkan maklumat yang disediakan oleh pihak lain (secara kolektif disebut sebagai "maklumat lain"). Kerajaan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak meluluskan atau menyokong maklumat lain yang terkandung di dalam atau berkaitan dengan tapak-tapak ini.
